Friday, January 28, 2011

Kuliah Agama - 22.10.2010

BILA IZRAEL DATANG MEMANGGIL...

Intipati kuliah kali ini ialah yang berkaitan dengan kematian. Antaranya ialah:-
  • Umur yang pendek perlu diisi dengan perkara-perkara kebaikan. Umur yang panjang tetapi tanpa amal kebaikan tidak ada gunanya.
  • Dunia ini terbahagi kepada tiga masa / hari, iaitu:
- Masa yang lepas
- Masa akan datang
- Masa sekarang
  • Bila mati ada dua tempat sahaja iaitu:
- Syurga
- Neraka
  • Disebalik hidup mesti ada mati
  • Alamat yang tidak berubah bagi setiap insan ialah alamat kubur
  • Bila jadinya anak Adam, akan datang malaikat memasukan debu tanah tempat ianya akan dikebumikan.
  • Kita tidak boleh lari dari mati. Tepat dan ketikanya pintu kubur tetap menanti kita.
  • Mati adalah gerbang perbatasan antara hidup yang fana ini menuju kehidupan yang lebih luas dan baqa' (kekal selamanya)
  • Bila kita mati, hilanglah segalanya tetapi mati bukan penamat segalanya.
  • Tubuh badan merupakan pakaian kepada roh sahaja. Bila mati ianya akan hancur menjadi tanah.
  • Langkah akhir meninggalkan dunia merupakan langkah awal perhitungan di akhirat.
  • Tanda-tanda mati atau isyarat kepada kematian:
- Uban bertabur
- Mata sudah kabur
- Gigi sudah gugur
- Kulit sudah kendur

Oleh itu marilah kita memikirkan apakah bekal yang akan kita bawa bersama kedalam kubur nanti. Pada masa itu tidak ada lagi yang boleh menolong kita kecuali amal kebaikan semasa kita hidup di dunia ini...

Monday, May 10, 2010

AJK 2010 - 2011

Alhamdulillah... Kelab Veterinar Pahang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung KVP kali ke - 12 pada 6 Mei 2010 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mohd Azmi bin Mat Daud menggantikan Dato' Pengerusi yang mempunyai tugas rasmi di luar pejabat pada hari tersebut. Sebelum mesyuarat bermula pada pukul 11 pagi, satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh YM Raja Ismail bin Raja Shahdan, motivator terkenal yang telah menyampaikan sesuatu yang amat menarik dan mampu dijadikan panduan untuk mengubah diri menjadi seorang pekerja yang cemerlang.

Mesyuarat kali ini telah memilih ahli jawatan kuasa untuk sesi 2010 - 2011 yang akan menggerakkan KVP untuk tempoh setahun akan datang. Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih ialah seperti berikut:-

Pengerusi : Dato' Pengarah (Dato' Dr. Azahar bin Idris)

Timbalan Pengerusi : Dr. Hjh. Wan Zarina bt. Che Wan Mohamed Anuar

Setiausaha Kehormat : En. Mohamad Khairuddin bi Ismail

Penolong Setiausaha : En. Ahmad bin Zainal Abidin

Bendaharai : Pn. Vidyamala bt. Mohamad

Ahli Jawatankuasa:
1. En. Mohd Azmi bin Mat Daud
2. Pn. Nor Aini bt. Md Hassan
3. En. Osman bin Jusoh
4. En. Norman bin Abdul Rahman
5. En. Noorazlan bin Ghazali

Pemeriksa Kira-Kira:-
1. Dr. Rohaya bt. Harun
2. En. Apandi bin Ismail

Telah menjadi tradisi iaitu setiap kali Mesyuarat Agung, pihak Jawatankuasa akan menyediakan beberapa hadiah untuk cabutan bertuah. Kali ini lebih kurang 85 hadiah disediakan dan setiap ahli yang ada dalam dewan tersebut menunggu sehingga akhir mesyuarat telah mendapat hadiah masing-masing. Walaupun hadiahnya tidak seberapa tapi sekurang-kurangnya adalah buat tangan untuk dibawa pulang...

Friday, April 16, 2010

HARI KELUARGA & MAKAN MALAM KVP 2010

Salam sejahtera untuk semua ahli KVP. Mesyuarat JK KVP telah memutuskan untuk mengadakan Hari Keluarga KVP untuk tahun ini pada 5-6 Jun 2010 bertempat di Sempurna Resort, Kuantan. Antara program pada tarikh tersebut ialah:

1. Pencarian Harta Karun (Treasure Hunt) - 5.6.2010 (8.30 pg)
2. Belajar berenang untuk anak-anak ahli - 5.6.2010 (3.30 ptg)
3. Jamuan makan malam / meraikan persaraan Dato' Pengerusi- 5.6.2010 (8.00 mlm)
4. Sukaneka - 6.6.2010 (8.30 pg)
5. Jamuan tengahari - 6.6.2010 (12.00 tgh)

Bayaran yang telah ditetapkan seperti berikut:-

1. Pendaftaran, Jamuan Makan Malam & Sukaneka - RM 10.00
2. Pendaftaran, Jamuan Makan Malam , Sukaneka & Bilik Penginapan - RM 50.00
3. Pendaftaran, Treasure Hunt , Jamuan Makan Malam,Sukaneka & Penginapan - RM100.00

Pengesahan kehadiran hendaklah dihantar sebelum 21.5.2010. Selepas tarikh tersebut penyertaan tidak lagi diterima. Pengesahan kehadiran hendaklah disertakan dengan bayaran. Ini untuk memudahkan pihak JK menguruskan Majlis Makan Malam yang dicadangkan mempunyai sedikti kelainan pada tahun ini.

Jawatankuasa kecil Hari Keluarga dan Jamuan Makan Malam KVP 2010:-

1. JK Jamuan Makan Malam - En. Osman bin Yusof
2. JK Pendaftaran - En. Ahmad bin Zainal Abidin
3. JK Hadiah dan Cenderahati - Pn. Nor Aini bt. Md. Hassan
4. JK Penginaan & Persiapan Tempat - En. Mohd Azmi bin Mat Daud
5. JK Sukaneka - En. Norman bin Abdul Rahman
6. JK "Treasure Hunt" - En. Mohd Daud bin Musa
7. JK Kebudayaan & Karaoke - En. Azahar bin Ibrahim
8. JK Kewangan - En. Ahmad bin Zainal Abidin & En. Mohamad Khairuddin bin Ismail

Bersama kita menjayakan majlis ini...

NOTIS MESYUARAT AGUNG KVP KE-12

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli Kelab Veterinar Pahang bahawa Mesyuarat Agung Kelab Veterinar Pahang Kali Ke-12 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 6 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran), 9.00 pagi (Mesyuarat)
Tempat : Dewan Makmur, JPV Pahang

Sehubungan dengan itu, tuan/puan ahli-ahli KVP dijemput hadir untuk memilih barisan Jawatankuasa KVP sessi 2010/2011. Sekiranya ada sebarang usul yang hendak dikemukakan ke Mesyuarat Agung ini, ia hendaklah sampai ke Setiausaha Kehormat KVP pada atau sebelum 27 April 2010.

Terima Kasih..

Tuesday, July 14, 2009

Kuliah 3 - 10.7.2009

Kuliah hari ini membincangkan tentang hati kita sebagai hamba ALLAH. Untuk khusyuk dalam sembahyang hati kita perlu dijaga kerana ALLAH memerhatikan hati kita ketika sembahyang.Ada 2 jenis hati manusia:

1. Hati Zahir - yang dapat dilihat
2. Hati batin - yang seni. Dapat rasai apa yang tidak dapat dirasai oleh anggota zahir

Tiga jenis hati batin:
1. Hati Mati
2. Hati Sakit
3. Hati Sihat

Tanda-tanda hati mati:-
1. Malas melakukan ketaatan dan kebaikan
2. Tidak gerun dengan ayat-ayat Al-Quraan yang menerangkan janji dan amaran ALLAH
3. Berlebihan mencintai ilmu dunia dan sedikit mendalami ilmu akhirat.
4. Kurang mengagungkan ALLAH. Tidak marah jika ada orang yang memperlekehkan agama Islam.
5. Tidak belajar dengan ayat-ayat untuk kaum yang lain (bala bencana yang telah ditimpa kepada mereka)

Malaikat maut menziarahi kita sebanyak 70 kali sehari (setiap 20 minit). Kematian itu sebagai satu nasihat. Kita perlu mengambil iktibar dari kematian...

Kuliah 2 - 19.6.2009

Kuliah kali ini membincangkan tentang solat. Antara intipati yang dibincangkan ialah:

1. Sembahyang itu tiang agama
2. Semuanya bergantung kepada sembahyang
3. Sembahyang bergantung kepada keikhlasan
4. Sembahyang yang tidak ikhlas akan dicampakkan kembali ke muka kita
5. Kita perlu khusyuk dalam sembahyang dan menjaga waktu sembahyang. Jika selesai solat, perlu tetapkan waktu solat berikutnya
6. Hakikat sembahyang ialah lahir dan batin
- Lahir - Perbuatan sembahyang
- Batin - Khusyuk dan hadir hati
7. Meneliti bacaan dalam sembahyang dan cuba seboleh-bolehnya untuk memahami setiap bacaan untuk menambahkan khusyuk ketika solat.
8. Orang yang sembahyang perlu tinggalkan perkara yang keji dan mungkar
9. Orang yang sembahyang tahu, mengingati ALLAH lebih penting dari perkara lain
10. Perlu bersyukur jika ditimpa musibah dan kesenangan. Musibah yang datang mungkin merupakan pengampunan dari ALLAH

Mesyuarat AJK KVP

Mesyuarat AJK bil 01/2009-2010 telah diadakan pada 10.7.2009 di Bilik Mesyuarat JPV Pahang. Mesyuarat tersebut telah membincangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-11. Dato' Pengerusi KVP telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AJK yang terdahulu atas sumbangan yang telah diberikan dan mengucapkan tahniah kepada AJK yang baru. Perlatikan Pengerusi Biro-Biro juga telah dibuat pada mesyuarat tersebut:-

1. Biro Agama dan Pendidikan - En. Norman bin Abdul Rahman
2. Biro Ekonomi - En. Osman bin Yusof
3. Biro Sukan - Dr. Mohd Razi bin Abdullah
4. Biro Kebajikan - Pn. Nor Aini bt. Md. Hassan
5. Biro Sosial - En. Mohd Azmi bin Daud
6. Biro Kebudayaan - En. Azahar bin Ibrahim

Pengerusi setiap biro telah membentangkan cadangan aktiviti biro masing-masing untuk tahun 2009 - 2010.

Tuesday, June 2, 2009

Kuliah 1

Salah satu aktiviti dibawah Biro Agama dan Pendidikan ialah mengadakan ceramah agama pada setiap hari Jumaat bermula pukul 11 hingga 12 tgh. Penceramah ialah kakitangan dari Jabatan Agama Islam Pahang. Bentuk ceramah ialah ulasan hadis berkaitan dengan binatang ternakan dan fardhu a'in.

Untuk itu, InsyaAllah saya kan cuba untuk menuliskan dalam ruang yang terhad ini intipati daripada setiap ceramah yang telah diadakan. Semoga dengan ilmu sedikit ini, dapat dimanfaatkan oleh semua ahli.

Ceramah 1 (3.4.2009)

15 tanda kehancuran umat:

  1. Harta beredar di kalangan orang tertentu sahaja
  2. Amanah dijadikan keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami memperturut kehendak isteri
  5. Anak derhaka kepada ibubapa
  6. Lebih baik dengan kawan daripada ibubapa
  7. Suka menjauhkan diri dari ayah
  8. Meninggikan suara dalam Masjid
  9. Orang hina dilantik menjadi ketua
  10. Orang dihormati kerana kejahatan
  11. Arak diminum merata-rata
  12. Kain sutera dipakai oleh lelaki
  13. Artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan
  15. Generasi diakhir akan menyalahkan generasi terdahulu

Renungkanlah...

Friday, May 8, 2009

AGM KE 11

Syukur kehadrat ALLAH kerana dengan izinNya Mesyuarat Agung Kelab Veterinar Pahang kali ke - 11 telah dapat diadakan pada 5 Mei 2009 yang lalu. Kehadiran ahli kali ini amat menggalakkan dimana seramai lebih kurang 120 orang telah hadir. Disamping bermesyuarat diselitkan juga beberapa aturcara seperti penyampaian Sijil Khidmat Cemerlang, Cederahati kepada pesara, anugerah tokoh KVP, penyampaian hadiah kecemerlangan anak ahli dalam peperiksaan 2008 dan penyapaian hadiah pertandingan Bowling KVP 2009 yang telah diadakan pada 4.5.2009 jam 11.00 malam di Premium Lanes, Kuantan.

Seorang pakar motivasi iaitu En. Mustafa bin Long, pegawai khas kepada YAB Menteri Besar Pahang telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk " Kecemerlangan Bekerja". Dalam ceramah selama 2 jam, beliau telah menerangkan apa itu kecemerlangan dan ianya perlu dikaitkan dalam pekerjaan kita.

AGM kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Azmi bin Mat Daud,Pengerusi Biro Sosial KVP. Beliau menggantikan Dato' Pengerusi yang tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi di Ibu Pejabat JPV, Putrajaya. Mesyuarat kali ini telah meluluskan 2 usul iaitu menaikkan yuran ahli daripada RM2 sebulan kepada RM3 sebulan. Ini adalah untuk menampung kenaikan dalam premium Insuran untuk ahli. Usul kedua yang diluluskan ialah memberi bayaran saguhati kepada semua AJK KVP yang hadir pada setiap kali mesyuarat JK KVP. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan menerima RM30 sementara AJK lain sebanyak RM20. Pemberian ini adalah sebagai saguhati atas khidmat AJK dalam memajukan kelab terutamanya untuk menambah dana bagi kebajikan dan aktiviti sosial ahli.

Agenda penting dalam mesyuarat ini ialah pemilihan AJK untuk sesi 2009 - 2010. AJK yang terpilih adalah seperti berikut:

Pengerusi : Dato' Dr. Azahar bin Idris
Timbalan Pengerusi : Dr. Mohd Radzi bin Abdullah
Setiausaha Kehormat : Mohamad Khairuddin bin Hj. Ismail
Penolong Setiausaha : Ahmad bin Zainal Abidin
Bendahari : Noorlimarlina bt. Ahmad

AJK
: Mohd Azmi bin Mat Daud
: Osman bin Yusof
: Nor Aini bt. Md. Hassan
: Norman bin Abdul Rahman
: Azahar bin Ibrahim

Pemeriksa Kira-Kira
: Dr. Hajah Wan Zarina bt. Che Wan Mohamed Anuar
: Noorazlan bin Ghazali

Acara cabutan bertuah di akhir mesyuarat merupakan yang dinantikan oleh semua ahli. Lebih kurang 45 hadiah berupa hamper menjadi idaman. Kepada yang dapat membawa pulang hamper tahniah diucapkan. Kepada yang pulang tangan kosong jangan serik untuk datang lagi tahun depan. Tahun ini bukan rezeki kita....

Thursday, April 30, 2009

AGM KVP KE 11

MESYUARAT AGUNG KELAB VETERINAR PAHANG KALI KE - 11

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Kelab Veterinar Pahang Kali Ke - 11 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 05 Mei 2009
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Makmur, JPV Pahang

Semua ahli adalah dijemput hadir