Syukur kehadrat ALLAH kerana dengan izinNya Mesyuarat Agung Kelab Veterinar Pahang kali ke - 11 telah dapat diadakan pada 5 Mei 2009 yang lalu. Kehadiran ahli kali ini amat menggalakkan dimana seramai lebih kurang 120 orang telah hadir. Disamping bermesyuarat diselitkan juga beberapa aturcara seperti penyampaian Sijil Khidmat Cemerlang, Cederahati kepada pesara, anugerah tokoh KVP, penyampaian hadiah kecemerlangan anak ahli dalam peperiksaan 2008 dan penyapaian hadiah pertandingan Bowling KVP 2009 yang telah diadakan pada 4.5.2009 jam 11.00 malam di Premium Lanes, Kuantan.
Seorang pakar motivasi iaitu En. Mustafa bin Long, pegawai khas kepada YAB Menteri Besar Pahang telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk " Kecemerlangan Bekerja". Dalam ceramah selama 2 jam, beliau telah menerangkan apa itu kecemerlangan dan ianya perlu dikaitkan dalam pekerjaan kita.
AGM kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Azmi bin Mat Daud,Pengerusi Biro Sosial KVP. Beliau menggantikan Dato' Pengerusi yang tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi di Ibu Pejabat JPV, Putrajaya. Mesyuarat kali ini telah meluluskan 2 usul iaitu menaikkan yuran ahli daripada RM2 sebulan kepada RM3 sebulan. Ini adalah untuk menampung kenaikan dalam premium Insuran untuk ahli. Usul kedua yang diluluskan ialah memberi bayaran saguhati kepada semua AJK KVP yang hadir pada setiap kali mesyuarat JK KVP. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan menerima RM30 sementara AJK lain sebanyak RM20. Pemberian ini adalah sebagai saguhati atas khidmat AJK dalam memajukan kelab terutamanya untuk menambah dana bagi kebajikan dan aktiviti sosial ahli.
Agenda penting dalam mesyuarat ini ialah pemilihan AJK untuk sesi 2009 - 2010. AJK yang terpilih adalah seperti berikut:
Pengerusi : Dato' Dr. Azahar bin Idris
Timbalan Pengerusi : Dr. Mohd Radzi bin Abdullah
Setiausaha Kehormat : Mohamad Khairuddin bin Hj. Ismail
Penolong Setiausaha : Ahmad bin Zainal Abidin
Bendahari : Noorlimarlina bt. Ahmad
AJK
: Mohd Azmi bin Mat Daud
: Osman bin Yusof
: Nor Aini bt. Md. Hassan
: Norman bin Abdul Rahman
: Azahar bin Ibrahim
Pemeriksa Kira-Kira
: Dr. Hajah Wan Zarina bt. Che Wan Mohamed Anuar
: Noorazlan bin Ghazali
Acara cabutan bertuah di akhir mesyuarat merupakan yang dinantikan oleh semua ahli. Lebih kurang 45 hadiah berupa hamper menjadi idaman. Kepada yang dapat membawa pulang hamper tahniah diucapkan. Kepada yang pulang tangan kosong jangan serik untuk datang lagi tahun depan. Tahun ini bukan rezeki kita....