Untuk itu, InsyaAllah saya kan cuba untuk menuliskan dalam ruang yang terhad ini intipati daripada setiap ceramah yang telah diadakan. Semoga dengan ilmu sedikit ini, dapat dimanfaatkan oleh semua ahli.
Ceramah 1 (3.4.2009)
15 tanda kehancuran umat:
- Harta beredar di kalangan orang tertentu sahaja
- Amanah dijadikan keuntungan
- Zakat dijadikan hutang
- Suami memperturut kehendak isteri
- Anak derhaka kepada ibubapa
- Lebih baik dengan kawan daripada ibubapa
- Suka menjauhkan diri dari ayah
- Meninggikan suara dalam Masjid
- Orang hina dilantik menjadi ketua
- Orang dihormati kerana kejahatan
- Arak diminum merata-rata
- Kain sutera dipakai oleh lelaki
- Artis disanjung-sanjung
- Muzik banyak dimainkan
- Generasi diakhir akan menyalahkan generasi terdahulu
Renungkanlah...