Penubuhan KVP bermula dengan Mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan Kelab Veterinar Pahang pada 23 Jun 1998. Kehadirannya adalah seramai 13 orang terdiri daripada pelbagai jawatan. Satu Jawatankuasa Penaja telah dipilih untuk penubuhan KVP yang terdiri daripada:
Pengerusi: Dr. Mohamad Azmie bin Zakaria
Timbalan Pengerusi : Dr. Zainor bin Hj. Mohd
Setiausaha: Pn. Zubaidah bt. Abdul Salam
Penolong Setiausaha : En. Mohd Daud bin Musa
Bendahari : Pn. Wan Zarina bt. Che Wan Mohamad Anuar
AJK
: En. Kamaruddin bin Abd. Rahman
: En. Norman bin Abdul Rahman
: En. Abdul Shukor bin Amat
: En. Rahamad bin Zainuddin
: En. Mohd Supian bin Mohd Nor
: En. Ahmad bin Zainal Abidin
Hasil daripada usaha Jawatankuasa ini maka pada 22 Disember 1998 Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan permohonan penubuhan Kelab Veterinar Pahang dengan nombor pendaftaran 1579. Bermula dari tarikh itu, KVP telah menjalankan kempen untuk mencari ahli seramai mungkin dan pada 20 Februari 1999 Mesyuarat Agong Pertama telah diadakan dengan kehadiran ahli seramai 82 orang.
Pada hari ini jumlah ahli KVP adalah seramai 254 orang dan dengan sokongan kewangan yang agak kukuh pelbagai aktiviti kebajikan, sosial dan sukan telah dapat diadakan. Kami mengharapkan sokongan semua ahli untuk memantapkan lagi KVP menjelang ulangtahun KVP yang ke 10 pada tahun ini........
No comments:
Post a Comment